HALAMAN

Rabu, 10 September 2014

Truth Story

Hacker yang MENAKUTKAN!!!
**berhati-hatilah semua....

Kejadian ni, baru berlaku semalam (fresh story k).
Al-kisahnya begini....
Salah seorang customer syarikat aku menerima email daripada company aku bertanyakan mengenai payment and ingin menukarkan no. akaun bank. Tapi kami sebenarnya langsung tidak mengetahui tentang kewujudan email tersebut. Di folder sent mail pun tiada record kami menghantar email tu.. Scary bukan??? Alhamdulillah, customer aku tu beritahu sebab dia rasa pelik, kalau dia diam ja, mampus! Bayangkan kalau dia percaya bulat-bulat ja email tu.. How??? 

Ayat email tu lebih kurang macam ni.... 

"Hello, 

I want to hold the project until you made a payment. I also want to change the bank account. I will inform you later.

Thank you."

Email hacker ni simple and tanpa nama. Then, jelas-jelas nak duit. Huhuhu......
Menakutkan bukan? Seramnya.....!!!.










Sabtu, 6 September 2014

Hijrahku

Delete Account Facebook

Aku sebenarnya dah lama tak beminat dengan facebook. Asyik tertangguh nak delete sebab teringin nak berbisnes online, tapi sampai sekarang tetap tak cukup idea bernas lagi, hehehee.. kosong.. kosong... kosong... (oppss, tiba-tiba nyanyi lagu Najwa Latif pulak).

Good bye... muka buku.... eeleeh, tak sedih pun, suka ja :-)


Korang semua macam mana.. Seronok sangat ke mengadap facebook berjam-jam.. Ish.. pelik betul aku, sebab rugi masa ja. Bagi aku, 24 jam sehari sekejap sangat... Kejap-kejap dah tengahari, kejap-kejap petang, eh.. dah pukul 6.00 petang (cepat-cepat cabut balik, hehehe..) Bila tidur, tetiba hari dah siang pulak (kelam kabut pergi kerja, hahaha..) So, dah jelas-jelas masa cepat sangat berlalu, jadi kita wajib manfaatkan masa sepenuhnya... 

Jumaat, 5 September 2014

Hari Bersejarah

Reunion Generasi Allahyarham Hj. Abdul Hamid & Hjh. Zawiyah

Banner reunion

Tarikh  : 30 - 31 August 2014
Lokasi : Kuala Gula Santuary Resort
Mood  : Happy - Shy - Embarrassing - Sad + Hot - Sleepy

Apa perasaan korang kalau berjumpa sanak saudara yang jauh & dekat (ada yang tak kenal langsung) dalam satu majlis khas macam ni? Suka @ sebaliknya?? Jawab.. jawab... Majoriti kat situ aku tak kenal & diorang pun tak pernah tengok aku, so sad :-(
Tapi tak kisah la, bagi aku best jugak walaupun kurang sempurna.

Summary Event 
2.00 - 4.30 pm 
Pendaftaran (aku & family sampai dalam pukul 3.00 petang)
5.15 pm          
Sukaneka ,boling kelapa, sambut belon air & meniup belon.
Aku ni pernah sekali ja main boling & majority masuk longkang ja. hehe.. Cuba korang bayangkan aku main boling kelapa. (100% gelak pecah perut sebab aku baling kepala guna dua-dua belah tangan, hahaha..)
7.30 - 9.00 pm
Solat Maghrib, bacaan yassin & solat Isyak berjemaah.
9.00 pm
Makan malam.
Aku datang agak lewat, jadi ada makanan dah nak habis. Tapi ayam masak merah memang sedap. Rasa nak minta resepi ja kat catering tu, hehehe..
9.45 pm
Berkumpul di dewan (duduk bersila, sempoi kan...)


Sebahagian daripada ahli yang hadir

      



  







Khamis, 7 Ogos 2014

Satu Hari di HARI RAYA (2014)

Raya kali ni, teramat suram dan kurang meriah. Yela, saudara kita di Gaza menderita takkan kita boleh gila happy pulak kan. Tapi rancangan TV non-stop dengan cerita yang best2, apa lagi cuti raya 24 jam depan TV jela. Ish.. ish.. teruknya....

Raya 2014

Gambar raya tahun ni x cukup ahli sebab diorang balik rumah mentua masing2.

** Remarks Raya 2014...
- cuti raya 26 July - 3 August ( uishh.. cuti melampau, siap ambik unpaid leave)
- menu 1st day Raya *ketupat nona *kari ayam *ayam masak hitam
                           *daging masak hitam
          2nd day Raya *mee tomyam
          3rd day Raya *habiskan tomyam je
          4th day Raya *laksa

Nota sedih....
Berat badan tetap tak naik walaupun makan tak ingat dunia.. huhuhu...


Ahad, 15 Jun 2014

Al-kisah 7 - 8 Jun 2014

Kuala Kurau - Kota Damansara - Shah Alam - Putrajaya

Wah.. akhirnya dapat jugak jalan2 ngn family. Dah lama sangat x jalan sama2. Walaupun terpaksa menyempit dlm keta, xpelah, jalan2 & family punya pasal. Hehehe.

Summary belanja:
Minyak n Tol - kakak n abg ipar No. 1
Homestay – share2 ngan kakak No. 1
Makan Tengahari (Sabtu) – bekal dari rumah
Makan Malam (Sabtu) – Kakak n abg ipar No. 3
Makan pg + tengahari (Ahad) – adik No. 7
Makan ptg (Ahad) – kakak n abg ipar No. 2

Hehehe... kalau selalu macam ni kan seronok. Win Win situation. Betul x..


 Yeah! Sampai jugak kat I-City, Shah Alam.


Wow!! Meet the World of Stars!! 
**11.30 pm (7 Jun) - 12.40 am (8 Jun)

Seriously seram sebab tengah2 malam tengok patung2 lilin yang real macam orang sebenar. Bayangkan kalau patung ni tiba2 bergerak, arrrrrrggghhhh!!! cabut!!!


Trick Art Museum 
**12.50 am - 1.30 am (8 Jun)

Lepas ni tak tahu bila lagi boleh keluar dengan family. Kena cari orang sponsor sebab family besar. Huhu..

Jumpa lagi lain kali. Bye.. 




Selamat Hari Lahir !!

Assalammualaikum...
Saya nak intro sikit. Saya baru join company ni hujung Feb 14. Disebabkan nak mengenali rakan2 sekerja dengan lebih rapat, saya join diorang celebrate birthday.
Masa mula2 join, terasa geli hati sangat2. Yela, bila umur dah masuk pertengahan 20an ni, dah jarang sangat celebrate birthday kecuali dengan buah hati ja. Hehe.. Tapi bila tengok semua seronok & gembira, terasa best la plak. Walaupun terasa macam agak budak2. Hehehe..


Penamat Birthday 2014


Hadiah daripada rakan2 May 14

Terima kasih kerana memberi hadiah ni. Sorry sangat2 x pakai jam tu, sebab dah terbiasa tak pakai jam bertahun-tahun. Yela, sekarang ni tgok jam kat handphone ja. Tapi kad birthday tu, THE BEST! 


Celebrate Birthday Dec 13 - Apr 14