HALAMAN

Selasa, 2 November 2010

Lagu Pilihan

Walaupun sekarang banyak lagu-lagu yang best dan ngetop gitu, tapi LAGU NASYID tetap dihati. hehehe... Kalau tak kenal, maka tak cinta. Betul kan... So, kalau ada masa lapang, dengar la LAGU NASYID jugak tau. Tenang je jiwa.... 
Lirik lagu ni sekadar renungan buat kita semua terutamanya kaum Hawa.....

Penyanyi: Hijjaz
Tajuk Lirik Lagu: Puteri Ku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Isnin, 1 November 2010

Terindah bersama


Jumaat, 29 Oktober 2010

Rindu pada sahabat

 TQ so much...
 Disaatku keseorangan, ku temuimu semua,
Membantuku tak kira masa, pergi bersama ke mana jua,
Pg ptg mlm bergelak tawa, waktu sedih x dilupa,
Menalaah buku dimana-mana, untuk pastikan semua berjaya,
Kini,
Kita terpisah akhirnya, 
Untuk mengejar cita-cita,
Walau dimana kita berada,
Kenangan bersama terpahat dijiwa.

Khamis, 28 Oktober 2010

Target diriku

Semua orang ada impian tersendiri untuk dicapai... Alangkah bestnye kalau semua yang kita mahu, kita boleh dapat kan.. Kata-kata "kita hanya boleh merancang, tapi Tuhan saja yang menentukan" memang benar belaka. Tetapi kita hendaklah berusaha, berdoa dan mencari peluang yang ada untuk perolehinya... impianku biasa je, itu semua inginku capai sebelum berumur ...... tahun. hehehehe. Ini cuma sebahagian saja impianku, dan untuk membakar semangatku untuk terus berusaha... Chayok!!! Chayok!!!!

Ini antara targetku:
  • Mendapatkan kerja tetap dalam bidangku
  • Create my own business
  •  Sihat sepenuhnye
  • Berani drive kereta sorang2, tanpa cikgu ditepi.. hehe
  • Ada kereta sendiri, setakat ni moto je
  • Dapat membahagiakan dan membanggakn kedua orang tuaku yang teramat penting

    Rabu, 27 Oktober 2010

    Keluargaku..

    Keluargaku yang tersayang
    Inilah gambar keluargaku. Kami cuma 10 orang adik beradik je.
    Meriah betul kalau semua berkumpul. Riuh rendah dibuatnya..

    Beloved Family

    Bersiar- siar di Taman Tasik Taiping
    Cantik betul pemandangan di Taman Tasik Taiping. Kalau pandai ambik gmbar, nampak mcm kat luar negeri je.. Tambahan pulak kalau pakai sweater. Nampak real sangat.. hehe

    Wajah-wajah anak buahku yang tersayang. Banyak betul kerenah, memang penat la nak layan.. Ini baru 3 orang, kalau 10 orang  tak tau la camna... Sabar je la... Yang penting best!!!

    Tibi dan Dot Dot Dot

    Sesungguhnya segala musibah dan dugaan yang dikurniakn oleh Tuhan kepada umatnya bukanlah sia-sia. Ia banyak mengajar kita untuk bersyukur ke atas segala pemberiannya dan mengenal erti kesabaran yang sebenar. Setelah aku disahkan mengidap penyakit tibi, diriku menjadi semakin matang dan mensyukuri kurniaanya. Sifat kesabaran amat penting dalam menempuh apa jua dugaan yang perlu kita hadapi. Ingatlah, walau setinggi mana kita berada, walau apa pun pangkat yang kita ada, hanya Allah Yang Maha Esa. Musibah yang diberikan bukanlah untuk menyusahkan kita tetapi untuk mendidik umatnya menjadi seorang yang lebih sempurna.

    Hari Konvesyen



    Sesungguhnya gelaran sebagai seorang pelajar universiti, merupakan kenangan yang cukup indah. Walaupun kadang kala kita perlu hadapi suka dan duka, tetapi tetap dapat hadapinya. Bantuan dari sahabat handai dan sokongan penuh keluarga, memudahkan kita tempuhi segalanya. Kini, ingatan bersama kawan- kawan sentiasa tersemat di ingatan. Semoga semua kawan-kawanku berjaya menggapai apa jua cita-cita yang dihajatkan dan mendapat kebahagian dan keredhaan dari Allah S.W.T. 
    Amin.....

    Berakhirnya zamanku sebagai seorang student......