HALAMAN

Bismillah Pictures, Images and Photos

Khamis, 23 Jun 2011

Jalan-jalan ke IPOH!!

Baru-baru ni, saya pergi temuduga di Seri Iskandar, Perak. Habis Bandar Seri Iskandar, saya jelajah, semuanya gara2 tak tahu jalan. Nasib baik jumpa juga tempat temuduga, alhamdulillah...
 Tamat je temuduga, saya sekeluarga apa lagi, jalan-jalan leh....!
First, kami pergi tempat bersejarah..

 Kompleks Sejarah Pasir Salak 
Tempat ni, sunyi je. Pengunjung cuma beberapa orang, jadi kami bebas sangat bergambar. Paling best semasa melawat terowong, yang ruginya tak boleh ambik gambar, huhu..
 Then, kami pergi pantai!

Telok Batik
Kami sampai waktu senja di Telok Batik, nak main air pun tak best dah. Cuma tengok2 pemandangan pantai waktu senja, cantik dan tenang....

Ahad, 24 April 2011

Sekolah, Manggi and Nestle...

Bersama student SMK Alor Pongsu

Pertandingan memasak sememangnya acara wajib bagi sekolah. Baru2 ni sempat la den menyibuk dekat SMK. Gunung Semanggol. Tengok student memasak and tengok gelagat cikgu2 yang kreatif belaka. Semuanya cantik2 sangat, tambahan pulak temanya "hidangan untuk pengantin". Mesti la best kan...

Antara masakan dan hantaran sentuhan maggi n nestle


Khamis, 24 Mac 2011

Jom jalan-jalan!

 Bergambar bersama Keluarga Tercinta

 Wajah-wajah kegembiraan

Akhirnya sampai jugak kat Kuala Gula. Inilah tempat peranginan yang paling dekat. Baru 15 minit kereta berjalan, tup tup, dah stop! x puas naik kereta pun. Tempat ni, terkenal la jugak, tapi orang yang dekat belum pergi lagi. Teruk kan...

Perlawanan Bowling Keluarga

Dialog wajib di Pusat Bowling

Wajah selepas kekalahan, senyum je..

Kali pertama main bowling, teramat la lawak. Sememangnya tak pandai main langsung la....
Automatik kalah punya la. hehehe.. tapi x kisah pun..

Rabu, 26 Januari 2011

Syoknyeeeee!!!



Saat bersama keluarga, segalanya indah. Walaupun dekat je, tapi enjoy sangat. Rasa macam budak- budak balik je. Hehehe.

Selasa, 2 November 2010

Lagu Pilihan

Walaupun sekarang banyak lagu-lagu yang best dan ngetop gitu, tapi LAGU NASYID tetap dihati. hehehe... Kalau tak kenal, maka tak cinta. Betul kan... So, kalau ada masa lapang, dengar la LAGU NASYID jugak tau. Tenang je jiwa.... 
Lirik lagu ni sekadar renungan buat kita semua terutamanya kaum Hawa.....

Penyanyi: Hijjaz
Tajuk Lirik Lagu: Puteri Ku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Isnin, 1 November 2010

Terindah bersama